jemarimommy.blogspot.com

Wednesday 23 November 2016

A U T U M N S E O U L 2 0 1 6 (DAY TWO) - Unhyeongug Palace -Insadong -Bukchon Village -Gyeongbokgong Palace -Kim Sejong Museum -Cheonggyecheon Stream

DAY TWO

Orang kata, tak sah kalau datang korea tak try culture mereka jadi hari kedua, mommy start dengan memakai baju tradisional korea HANBOK. bila nak try pakai la baru mommy sibuk dok google cari asal usul hanbok ni.

did u know?

Perkataan hanbok tersebut sebenarnya bermaksud 'han' sebutan bagi Korea manakala 'bok' pula ialah pakaian. jadi, secara padat dan jitunya bermaksud 'pakaian korea'. berlainan sungguh dengan culture Malaysia yang mempunyai banyak baju tradisional, baju kurung, baju kebaya, cheongsam, sari DLL. untung kan duduk kat Malaysia yang pelbagai kaum. semua baju boleh kaut jadi pakaian tradisional. hehe..

dan sepanjang observation mommy yang tak seberapa di sini, mommy mendapati mereka sangat bangga dan menghormati pakaian hanbok ini dari setiap genap umur. kaler plak berwarna warni. dan sepertimana baju kurung yang dimodenkan menjadi kurung moden yang lebih ikut cutting, hanbok pon ada yang dimodenkan di mana skirt yang dulunya panjang sekarang da jadi pendek paras lutut. serius stylo !

kalau perati betul2, hanbok ni ada 2 gaya yang berbeza. hanbok jenis yang boleh sorok tangan di bawah baju dan xboleh sorok tangan di bawah baju. xpaham dan xperasan?? xpe, meh mommy tunjukkan perbezaan..

modern hanbok yang pendek. perasan tak bahagian depan baju dia xde lebihan kain utk sorok tangan? bila mommy tanya, mommy diberitahu yang baju ni bermaksud utk gadis yang belum berkahwin

dan perasan ada lebihan kain di bahagian depan yang boleh sorok tangan tu? yang ni akan dipakai oleh wanita yang da berkahwin

mommy pon baru tau tentang perkara ni time tengah salin baju hanbok. ilmu baru kan? hehe


berbalik pada cite kita yang utama, aswad bawa kami ke Unhyeongug (palace) tempat yang boleh menyewa pakaian hanbok ni. amat digalakkan memakai tudung yang soft colour agar lebih senang nak matching gan hanbok nanti..sewa ni da termasuk skali dlm pakej tour jd mommy datang cuma pakai hanbok terus. sebenarnya ada banyak je kedai yang menawarkan servis sewa hanbok ni di sepanjang jalan jadi bole je pilih yang mana berkenan di hati.

belah kiri tu adalah tour guide kami - Aswad - gigih betul dia menemani dan melayan karenah ntah ape2 kami sepanjang kat sana. nampak gaya mcm kene bebel kan? tapi sebenarnya tak...dia baik gile kot! cuma sedikit taklimat sebelum start tour



kami berkawad di tepian jalan untuk ke Unhyeongug (palace). berjalan jauh pon xterasa sebab cuaca sejuk angin sepoi2 bahasa

amik gamba ni sbb teringat cite korea 'moon embracing the sun' lakonan Kim Soohyun


peta istana di pintu masuk
ni antara kedai di tepi jalan yang menawarkan perkhidmatan sewa baju. tapi bukan kedai ni yang mommy sewa tau
pasangan korea buatan malaysia..haha

putera dan puteri-puteri diawasi dengan ketat sbb asyik berlari je dalam istana ni
antara salah satu kawasan dalam istana



 mommy sewa hanbok tak lama sebab nak kejar masa dan ikut jadual. rasanya adalah dalam sejam lebih berada kat tempat tu sebelum bergerak ke insadong . ramai tanya mommy, apa yang ada kat insadong tu? well, insadong tu merupakan nama jalan yang mana kebanyakkan kedai jual handicraft, cenderamata dan penuh dengan karikatur di sepanjang jalan. banyak juga mommy perati street foods yang halal di makan mcm Kkultarae, Hofeok, Churros dan Bungeopbang dijual merata di tepi jalan. Personally, si kecik dan mommy mmg suka makan bahulu ikan berinti red beans. feveret!!!! 

harga bagi barangan di sini sebenarnya agak pricey (jika nak compare dengan nandaemon) tapi mata yang melihat ni tarak boley tahaannnn jadi tangan pon gatal mengambil sebarang satu dua buat kenangan. so, ape yang worth buying di area insadong? everything! hahaha... well, cadangan mommy --> boleh beli gambar hand drawing dan beg buatan korea, harga lingkungan 10,000won setiap satu which memang murah, berbaloi dan kualiti pon elok.


on the way nak ke insadong, mommy jumpa mahkamah di korea which very quiet unlike in malaysia yang berterabur kereta sbb nak kejar kes. bila tanya aswad tentang crime rate kat sini, dia ckp very less to none. wah, bagus nak built up family ni!

and so for the record, posing sikit plis di hadapan mahkamah dorang



perjalanan diteruskan semula dengan melawat Bukchon Village. buat peminat korean dramas, lee min ho dulu penah berlakon drama 'Personal Taste' kat sini. mommy AKA peminat tegar harusla posing 1001 cara untuk dptkan aura pelakon heroin tersebut. eh? hahaha

ingat lagi tak cite ni? bole download bagi yang belum tengok. buat persediaan utk lebih familiar gan bukchon village dan minho oppa..eh? haha

puas mommy carik rumah dlm gamba ni tapi xjumpa. mungkin sbb ramai sgt org dan umah lebih kurang sama, jd terlepas pandang..kalau tak, boleh amik port gamba mcm minho kan? hehe



 tapi feeling mmg tak lama sbb photo bomber berada di mana-mana...ramainyaaaaa manussiiiaaaaaa!! pesanan mommy,  agak-agak xde org, baikla amik gamba cepat2 supaya tak kechiwaaa bila scroll balik gamba, berlambak photo bomber kat belakang. hewheww

dan bagi sesiapa yang nak bawak anak kecik, stroller adalah sangat membantu sbb jalan kat sini agak membukit. memang menonggek nak naik turun bukit kat sini. letih ya ampunnnn..even daddy yang konon2 sado pon tewas kepenatan. 

nampak tak pelbagai photo bomber di belakang tu..haha

pemandangan dari atas Bukchon Village

terserempak dengan street performance time menuju ke istana


and the journey continues to gyeongbokgong palace antara destinasi wajib harus pegi. di sini la tempatnya  kita nak merasai    pengalaman    budaya    zaman    lampau    Korea. rasanya masih belum terlewat nak #throwback #balingbelakang cite scarlet heart kan? time mommy kat sana, cite ni masih ongoing..jadi mommy amik moment utk feeling balik ke zaman joseon jadi hae soo.. (tak beragak kan haha) time mommy pegi, xde sebarang perarakan sbb dorang buat streetshow tentang hanbok. i is sad


Add caption

konvoi ramai-ramai ke istana

jeles sbb cantik sgt hanbok dia

ambik feeling cite 'scarlet heart' sikit..haha

us with hijack guests



jangan mengaku kalah pada kepenatan..jom terus ke Kim Sejong Museum terletak di tengah bandar ngam ngam depan pintu istana tadi. 

sape kim sejong?

Raja Sejong atau Raja Sejong Yang Agung (Sejong Dae Wang) (7 Mei 1397- 18 Mei 1450) (bertakhta 1418 - 1450) adalah merupakan seorang raja yang ke-4 dari Dinasti Joseon yang memerintah Korea. Beliau terkenal kerana jasanya yang dalam menciptakan abjad Korea, Hangeul yang menggantikan penggunaan penulisan Hanja. Raja Sejong memperkenalkan 28 buah abjad baru agar semua golongan rakyat dapat membaca dan menulis dengan mudah. Hangeul dianggap lambang budaya untuk Joseon. Abjad hangeul dikeluarkan pada tahun 1446.

antara lawatan yang menerangkan salahsilah, latar belakang dan jasa Raja Sejong, muzium ni juga menawarkan perkhidmatan menulis nama sendiri dalam bahasa Hangeul. weweweeeee.. sib baik mommy guna nama glemer yang pendek, xdela payah beno nak menulis. kesian kat nenek sbb nak tulis nama penuh siap berbinti bagai. yela..tanya soalan nama sapa kat nenek. harusla nenek gtau identiti nama yang panjang tanpa ragu-ragu lagi..

helloooooo sejong

cuba teka apa mommy tulis?

da selesai mengkaji sejarah Kim Sejong, mommy terus bergerak ke Cheonggyecheon Stream sepanjang 10.2km. Aliran air yang dulunya diabaikan kini telah dibaikpulih oleh kerajaan lalu menjadi salah satu dari tempat tarikan bagi mereka nak lepak sambil merasa sedikit hipster.. ke mommy je berperasaan mcm tu? haha..
aliran air kat belah kanan blkg

sebenarnya takde aktiviti sangat untuk dibuat kat sini. tujuan mmg untuk lepak2 kuis2 kaki kat air tapi mommy takbole lepak lama sebab da terlalu kepenatan. berjalan kaki sepanjang hari sejak permulaan hari kot. rasa nak tercabot kaki da ni.. 

balik rumah tido awal smbil ngigau "i cannot feel my leg" berulang kali..haha







No comments:

Post a Comment