jemarimommy.blogspot.com

Monday 13 November 2017

SINGAPORE 2017 WITH LOVE

Kali terakhir mommy pergi ke Singapore adalah semasa mengandungkan si abang dan itupon hampir 4-5 tahun yang lepas. Bila mula menjejakkan kaki di Singapura, baru mommy sedar yang sudah banyak yang mommy ketinggalan over these few years.

Sebenarnya banyak perkara yang boleh di explore dan dipelajari di bumi Singapura ini selain hanya melawat USS. Which mommy mengakui bahawa mommy juga hanya meletakkan USS sebagai tempat persinggahan utama untuk berhibur semasa di Singapore. Oleh itu, trip mommy tanpa 3 askar selama 2 hari 1 malam ini, mommy merebut peluang untuk menjelajah dan explore dengan menggunakan sistem MRT dan bas yang super efisien untuk bergerak di merata tempat selain USS dan Pulau Sentosa

Mommy memilih untuk menginap di hotel V Bencoolen di Bencoolen lane sepanjang trip ini which mommy super rekomen kepada semua yang tercari-cari nak menginap di hotel mana. Kedai makan, kedai runcit malah station MRT dan bus/teksi tercatuk di depan mata. Hotel yang cukup segala kelengkapan cuma keluasan bilik sedikit kecil walaupun untuk standard badan orang Asia.

Trip mommy kali ini adalah disebabkan kerja jadi sesi mommy bergembira adalah hanya selesai kerja tersebut selesai. Maka pada hari pertama, mommy hanya boleh melakukan aktiviti persendirian selepas jam 3 petang. Perkara pertama yang mommy buat adalah berjalan kaki sekitar 5-8 minit ke Bugis Station untuk membeli Tourist Pass selama 3 hari untuk penggunaan pengangkutan awam secara unlimited. Harga pula berbeza mengikut tempoh masa kad tersebut dari sehari sehingga 3 hari maksimum. Mommy dikenakan bayaran sebanyak $20 tidak termasuk $10 sebagai deposit. 

Ambik ko! 

Mommy menggunakan pass tersebut sehabis baik sehingga balik ke Malaysia terus cramp kaki. Haha

Hari Pertama

Hari yang pertama lagi mommy sudah mula rike harga cenderamata untuk dibawa pulang dan seharusnya Bugis Street adalah tempat yang harus dituju. Dari t-shirt, keychain, fridge magnet, coklat, baju dan sebagainya boleh dijumpai di sini. Antara cukup atau tidak je duit yang dibawa untuk bershopping. Seterusnya mommy pergi mencari simbol Singapore yang utama - Merlion ! Naik MRT dan stop di City Hall sebelum jalan merentasi Helix Bridge yang kelihatan seperti jambatan DNA. Sepanjang perjalanan (yang panjang) mommy asyik sekali mengambil gambar berlatarbelakang kan Marina Bay, Esplanade, Helix Bridge serta Merlion. Pendek kata, sepanjang  perjalanan tersebut merupakan pictureworty untuk diambil gambar. Jika ada masa yang panjang, dinasihatkan untuk tunggu saja menyambut matahari terbenam di situ kerana kawasan tersebut adalah lebih cantik di malam hari kerana penuh dengan lampu yang mengerlip.




Hari Kedua

Hari yang kedua, mommy start dengan berjalan kaki menyusuri Bugis Street terus ke Kedai Zam di Arab Street untuk menjamah murtabak Singapore yang dicanang-canang kehebatannya itu. Dan benarlah seperti yang dikata, murtabak Singapore tersebut memang thorbaikk sekali rasanya. Rugi jika sudah berada di sekitar kawasan tersebut, tidak menjamah hidangan itu. Perjalanan diteruskan dengan menyusuri Arab Street dan Kampung Glam. Di sekitar Masjid Sultan, terdapat deretan kedai yang menjual souvenir yang murah. Malah ada sesetengah barang lebih murah daripada yang boleh dibeli di Bugis Street. Jika masih ada masa yang terluang, boleh singgah di Malay Heritage Centre sambil memdalami susur galur keturunan dan ketuanan melayu.  A brand new experience untuk diterokai, takdelah asyik dan manjang nak bershopping je kan?

On the way balik ke hotel, mommy singgah sebentar di Haji Lane yang famous emes dengan mural dinding yang cantik-cantik. Sungguh memang cantik tertarik kau memang the boom!! Rasanya seperti setiap sudut cantik untuk diambil gambar. 

Sebenarnya sebelum sampai di Singapore lagi mommy teringin melawat sebuah bangunan yang menyerupai Gotham City seperti di dalam filem Batman. Dan secara kebetulan  mommy pula mommy came across bangunan tersebut di Parkview Square. Dari luar bangunan lagi bangunan tersebut nampak sungguh gah, apentah bila melangkah masuk. Di antara bangunan yang termahal di bumi Singapura di mana rekabentuk di dalamnya menyerupai Channing Building di New York dan diperbuat daripada granit, gangsa, lacquer dan glass. Malah rekaan dalamannya pula terdiri daripada 15m high ceiling with hand-craft details. Tumpuan utamanya tidak lain dan tidak bukan -- 3 storey high wine chiller. Taksub sebentar mommy di situ. 

Pada belah petang dan malam pula, mommy repeat kembali ke Merlion dan Marina Bay untuk mengambil gambar pemandangan malam. Kali ni, barulah Helix Bridge betul-betul kelihatan seperti DNA apabila lampu dihidupkan. Mommy juga sempat singgah di Clarke Quay untuk rehat sebentar sambil menghayati pemandangan di tepi sungai. Kebetulan pula terdapat pertunjukan percuma di tebing sungai, berkemungkinan kerana ianya malam minggu.Mommy terus pulang ke hotel dan tdur kepenatan.





Hari Ketiga

Flight mommy lebih kurang jam 3.40 petang menaiki Fireflyz. Sementara menunggu untuk checkout, mommy sempat lagi berjalan menyusuri Little India untuk mencari Rumah Tan Teng Niah. Tidak sukar sebenarnya mencari rumah tersebut, cuma mommy yang tersilap jalan. Rumah tersebut terletak betul-betul di belakang MRT Little India dan berhadapan foodcourt. Dalam perjalanan, kelihatan penuh murah di dinding yang kesemuanya cantik-cantik belaka. 

Mommy memilih untuk singgah di Orchard Rd paling last sekali dalam trip kali ini sebab takut lupa daratan sebaik sahaja tiba di sana. Memang betul pon firasat mommy. Di mana-mana penuh dengan tawaran diskaun memandangkan Hari Krismas hampir menjelang tiba. Bila berjalan keluar pula, terdapat LV Exhibition sedang berlangsung. Saje jela mommy usha-usha, dan ternyata tidak sia-sia sebab mereka juga menyediakan postcard sebagai hadiah kenang-kenangan. wooww weeee!! 

Mommy juga turut singgah sebentar di Chinatown tapi tidak berkesempatan untuk meneroka lebih lanjut memandangkan pagi tersebut hujan pula. sedeyyyyy 😭😭😭😭😭

Mommy sempat rehat sebentar sebelum checkout dan bergerak ke airport. Just to add information yang sedia ada, kaunter hanya dibuka 2 jam sebelum penerbangan. At least itu yang terjadi pada mommy ketika itu. Sempat la untuk mommy kembalikan tourist pass (dan claim kembali $10) dan duit refund tu mommy belanjakan untuk lunch di kedai thai di situ.

Jangan lupa untuk explore Changi Airport kerana banyak aktiviti (selain shopping) boleh dilakukan di situ dan free-of-charge belaka. Boleh pilih di antara menonton filem di bilik teater, main game playstation atau enjoy pemandangan di Sunflower Garden yang kesemuanya berada di tingkat yang sama. Mommy sempat explore yang itu sahaja, dan itupon di Terminal 2. Share gan mommy pengalaman korang di terminal yang lain pula ye?







Mungkin trip selepas ini mommy hanya nak fokus kepada Sentosa Island dan USS sahaja bersama anak-anak. Tak syok rasanya nak explore tempat tersebut tanpa soldiers. haha..sungguh tipikal mommy kan? 

kbai

No comments:

Post a Comment